Khamis, 6 April 2017

Selasa, 4 April 2017

Program Internship Convention and Career Fair 2017 (ICeF)

⁠⁠⁠⁠⁠

❗❗Perhatian❗❗Perhatian❗❗Perhatian❗❗

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, kami daripada Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) PSAS akan mengadakan Program Internship Convention and Career Fair 2017 (ICeF) selama 3 Hari mulai 17 April 2017 (Isnin) sehingga 19 April 2017 (Rabu) .ICeF merupakan suatu program yang telah diberi nafas baru daripada program Pendaftaran dan Penilaian Tamat LI πŸ€—

🌺 HARI PERTAMA🌺
Tarikh : 17 April 2017(Isnin)
Masa : 8 pagi - 5 petang

Selain daripada pendaftaran UPLI dan CISEC pada jam 8 pagi, terdapat FIRMA / ORGANISASI yang akan turut serta untuk memeriahkan dan menemuduga pelajar yang berminat untuk mencari pekerjaan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Bagi pelajar yang berminat untuk ditemuduga daripada mana-mana FIRMA disarankan untuk membawa resume dan berpakaian formal.

PERKARA PENTING 17 April 2017
8.00 pagi : Pendaftaran Tamat Latihan Industri dan Semakan Dokumen | WAJIB bagi pelajar semasa dan MP LI

EXPO KERJAYA INDUSTRI POLITEKNIK (ExKIP 4.0)
UPLI dan CISEC PSAS juga akan menganjurkan Program Expo Kerjaya Industri Politeknik, ExKIP 4.0 pada hari pertama ini seperti berikut;

Expo Kerjaya ini akan menjemput ;

(1) 9 buah industri yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan

(2) 5 buah IPTA/S yang akan menawarkan peluang menyambung pengajian (SEGi, UNIKL, UiTM, UPM & UIA) dengan keistimewaan tersendiri yang diberikan (Biasiswa (B40) & Kuliah hujung minggu serta pengecualian kredit.

Penglibatan adalah dari kalangan;

(1) Para pelajar (JKA, JKE, JKM & JP) - LISE

(2) Para pelajar (JKA, JKE, JKM & JP) - LISA

(3) Masyarakat setempat sekitar Daerah MUALLIM

(4) Saudara-mara staf PSAS

(5) Para pelajar dari politeknik berhampiran (PSA, PSIS, PUO, PBS & PNS)

Mohon kepada semua pensyarah Penasihat Akademik kepada pelajar LISE & LISA agar dapat memaklumkan kepada para pelajar anda supaya membawa bersama ;

(1) Beberapa salinan resume

(2) Dokumen sokongan seperti sijil pencapaian (asal dan salinan)

(3) Berpakaian kemas (untuk tujuan temuduga)



🌺 HARI KEDUA 🌺
Tarikh : 18 April 2017(Selasa)
Masa : 9 pagi - 5 petang

Panel penilai dari setiap jabatan akan membuat semakan Laporan Akhir Latihan Industri (LALI) pelajar. Sebarang kesilapan/penambahbaikan/pembetulan oleh panel penilai perlu dibuat dan disemak semula. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menambahbaik LALI anda.

🌺 HARI KETIGA 🌺
Tarikh : 19 April 2017(Rabu)
Masa : 9 pagi - 5 petang

Hari penilaian dan pembentangan!!!  Pelajar dikehendaki untuk menjilidkan LALI anda di Koperasi bersebelahan UPLI sahaja (selepas selesai penilaian dan pembentangan). CD dan RJ dihantar ke UPLI PSAS.

JADUAL PROGRAM ICEF


πŸ“Œ Bersama sama ini juga disertakan link Borang Maklumbalas Latihan Industri yang WAJIB diisi oleh semua pelajar akhir latihan industri. Sila sebarkan link ini kepada semua pelajar PSAS semester akhir yang sedang menjalankan latihan industri. Tarikh akhir mengisi borang maklum balas ini adalah pada 15 April 2017.
πŸ“Œ https://goo.gl/forms/Rwe84fQRglNfTQoJ2


πŸ™†πŸ»πŸ™†πŸ» Ayuh beramai ramai memeriahkan Program Internship Convention and Career Fair 2017 (ICeF ) πŸ™†πŸ»πŸ™†πŸ»