Ahad, 31 Disember 2017

Selamat datang ke Blog Rasmi UPLI



Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) adalah salah satu unit dalam organisasi Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang bertanggungjawab untuk menguruskan proses berkaitan latihan industri pelajar. Secara Keseluruhannya terdapat 3 fungsi utama UPLI iaitu :


  1. Merancang dan menyelaras semua aktiviti latihan industri yang perlu diikuti oleh pelajar meliputi persediaan sebelum menjalani latihan industri, semasa menjalani latihan industri dan selepas menjalani latihan industri.
  2. Menyelaraskan lawatan penyeliaan ke tempat pelajar-pelajar menjalani latihan industri.
  3. Menyelaras proses penilaian latihan industri setelah pelajar tamat menjalani latihan industri.  
  4. Mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak swasta, badan berkanun dan kerajaan bagi mendapatkan tempat latihan industri pelajar yang bertepatan dengan bidang.
  5. Bekerjasama dengan organisasi latihan bagi membolehkan pelajar mendapat manfaat semaksima yang mungkin dari latihan industri yang dijalani.

💬 Anda boleh rujuk pada menu hebahan untuk makluman terkini