Khamis, 7 Januari 2021

PEMAKLUMAN PENJADUALAN SEMULA PELAKSANAAN LI DISEMBER 2020

 

    Berikutan isu global ketika ini, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah membuat pengubahsuaian Kalendar Akademik Politeknik dan Kolej Komuniti serta penjadualan semula pelaksanaan LI bagi sesi Disember 2020 dengan mengambilkira isu kesihatan, kebajikan dan keselamatan dalam menangani wabak COVID-19.  

    Oleh demikian, PSAS telah membuat ketetapan berdasarkan ketetapan daripada JPPKK; Edaran Takwim Pelaksanaan Latihan Industri Diploma Politeknik dan Sijil Kolej Komuniti Sesi Disember 2020, nombor rujukan JPPKK.BIPD.600-1/2/2 Jld. 2 (33) bertarikh 05 Januari 2021, di mana Pelajar Politeknik (Program Diploma) sesi Disember 2020 akan menjalani LI bermula 28 Feb/01 Mac 2021 hingga 15/16 Julai 2021 (tempoh 20 minggu). Tarikh asal pelaksanaan LI bertarikh 25 Januari 2021 hingga 13 Jun 2021 adalah terbatal.

    Mohon semua pelajar yang akan LI pada sesi Disember 2020 merujuk poster yang disertakan sebagai panduan dan tindakan yang perlu ambil. SURAT PEMAKLUMAN PENJADUALAN SEMULA PELAKSANAAN LI SESI DISEMBER 2020 boleh dicapai di sidebar kanan blog, section Rujukan Pelajar.